Saturday, April 3, 2010

Dua bendera parti politik di satu tempat di tasik raban lenggong

Ketika berjalan balik dari Lenggong, kira-kira jam 6.00 petang 3.4.2010, Terlihat dua jenis bendera parti poltik di Tasik Raban. Beberapa bendera UMNO dengan program putri serta bendera Parti Kealilan Nasional. Saya membawa isteri berhenti minum di Tasik Raban. Terlihat beberapa buah kereta polis serta beberapa orang rakan dari Parti Keadilan Nasional sedang menunggu sesuatu di Jeti. Sempat saya menemubual dengan beberapa orang pengunjung untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Dikatakan oleh beberapa orang pengunjung menurut katanya DSAI akan tiba beberapa minit lagi. Ada juga yang berkata Datin Wan Azizah yang akan hadir. Ada juga kedengaran anak mereka Nurul Izzah yang akan hadir. Beberapa orang putri yang sedang bersiap sedia untuk acara kayak dilihat lalu lalang di situ dan bertanya khabar pada saya ketika itu. Jam sudah hampir menunjukkan 6.30 lebih. Senja akan muncul tidak berapa lama lagi. Tiba-tiba kelihatan beberapa orang pemimpin Parti keadilan Nasional tempatan membawa Mustaffa Kamil Ayob untuk bersalaman dengan beberapa orang pengunjung yang sedang minum di gerai minum Tasik Raban. Sahabat saya Encik Bakar Radhi juga dilihat lalu tiap-tiap gerai sambil memperkenalkan Mustaffa Kamil Ayob, Pengerusi Keadilan Perak kepada setiap pelanggan yang minum. Saya yang sedang duduk di penghujung gerai juga diperkenalkan oleh Encik Abu Bakar Radhi dengan Encik Mustaffa Kamil Ayob dan Encik Bakar memaklumkan kepada Encik Mustaffa yang ini Cikgu Mat, Setiausaha Masjid Kuak yang juga AJK UMNO Bahagian. Encik Mustaffa bertanyakan khabar pada saya dan saya menjawab khabar baik lalu saya bertanya selepas ini rombongan akan kemana. Lalu beberapa orang rakan mereka yang sedang mengedarkan risalah juga sempat menghulurkan risalah pada saya dan menjawab selepas ini hendak ke Gerik. Dilihat ada sebuah bas persiaran hijau sedang membawa rombongan mereka menuju ke Gerik






Risalah yang telah diedar









Gambar kereta polis mengawal keselamatan






Bas yang telah membawa rombongan mereka